Nuffnag ads

Isnin, 4 Februari 2019

MINDA


Image result for gambar kartun berfikir




Merenung sendirian, minda berterbangan,
Arah tuju seolah-olah hilang,
Dibawa arus masa yang semakin deras,
Terperangkap sendiri dalam kurungan,
Kurungan yang bernama MINDA.

Keputusan sukar ditentukan,
Takut akan rintangan yang mendatang,
Risau akan cabaran yang tiba,
Tak tentu arah seperti lingkaran berbelitan,
Kepayahan dalam permainan MINDA.

Ketenangan sukar dicari,
Kepayahan boleh dihadapi,
Berbekalkan ambisi yang terpatri,
Bersama lautan semangat di hati,
Kecekalan MINDA sentiasa di ingati.

Emosi senang dipengaruhi,
Tanpa bimbingan di sisi,
Susahlah sendiri dalam menghadapi,
Rintangan duri kehidupan kini,
Yang semakin bercanggah dalam pusaran emosi.

Sedarlah diri, tiada yang sendiri,
Semangat di jiwa harus diharungi,
Demi martabat yang gagah berdiri,
Atas kemampuan intelek yang berdikari,
Mencetus MINDA yang bersih berseri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan